Sunday, January 25, 2015

Tiada lagi Amir Amri

Hari ini aku memulakan hari seawal jam 7:30 pagi. Itupun kerana telefon aku berdering banyak kali hasil panggilan dari Zharif.

"Celaka, dah 7:30," maki aku lepas bangun tengok jam.

"Tunggu jap, nak mandi." Aku teks Zharif dan terus capai tuala.

Kemudian kami langsung ke lokasi yang dijanjikan dan bersiap untuk majlis. Semuanya berjalan lancar dan tenang. Cuaca hawa tropika yang mendamaikan mengiringi setiap detik berharga buat Amir dan Nad pada hari ini.

Selepas selesai semuanya, aku, Amir dan Zharif pulang semula ke Puncak Jalil. Amir yang sudah punyai tanggungjawab harus segera pulang ke pangkuan isteri. Tinggallah aku dan Zharif yang meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Perjalanan selama 15 minit dari rumah Amir ke rumah aku hanya berteman senyap. Kami berdua hanya mendengar lagu yang keluar dari corong radio.

Sampai sahaja di rumah, aku bukak pintu kereta, turun dari 4WD dan sebaik sahaja mahu bersalaman dengan Zharif barulah aku tersedar kami tinggal berdua sahaja. Kami hanya ada kami. Tiada lagi Amir Amri untuk berkelana bersama-sama. Tiada lagi bayangan Amir Amri di Maulana, mamak tempat kami bertiga selalu berlibur. Satu kenyataan yang begitu pahit untuk ditelan.

Pergh, macam orang mati pulak bila tulis macam ni.

1 comment: