Thursday, September 17, 2015

Isteri patut memaksa suami keluar rumah beraktiviti, suami harus tegas keluar.

Duhai isteri! Anda seharusnya risau jika suami pulang dari kerja terus ke pangkuan anda. Tidak ada lelaki normal yang sihat, sebaik pulang dari pejabat terus ke rumah dan terperap. Ini tidak patut dan gejala tidak sihat ini semakin menjadi-jadi di kalangan penduduk bandar. 

Menurut kajian yang dilakukan oleh saya, suami yang tidak bermain futsal, bola sepak, dan tidak lepak minum bersama teman-teman lebih cenderung untuk menjadi malas di rumah dan kerap tertidur di ruang tamu. Selain membazir elektrik, suami anda menjadi pasif dan sifat lelaki sejatinya terhakis sedikit demi sedikit.

Berlainan dengan suami yang kerap keluar rumah, mereka lebih cenderung untuk membasuh pinggan, melipat kain baju, mengangkat jemuran, menjahit langsir dan banyak lagi sifat terpuji. Anda hanya perlu tunggu mereka pulang.

Pilihan di tangan anda, bebaskan suami dari belenggu kemalasan dan biarkan dia melebarkan sayap sehingga lewat malam. Satu lagi, elakkan share dan tag suami anda di Facebook. Kami tidak mahu tahu masalah suami anda.

No comments:

Post a Comment