Wednesday, January 28, 2015

Hari kedua

Pagi itu cuaca begitu indah. Sebaik sahaja aku bangkit dari lena yang jendera, aku menggeliat dan berjalan ke arah pintu. Ahhhhh, sungguh tenang bila menguak pintu. Kolam yang begitu comel dan jinak terasa begitu dekat dengan alam semulajadi. Orang putih pernah berkata, we must love mother nature.

Siapa yang tidak cintakan keamanan? Bangun pagi dan tiada apa perlu dibuat. Ahhhhh, perasaan senang dan riang sungguh gemalai bermain di sanubari.

Hari ini agenda aku mudah. Dapatkan kenderaan untuk pusing-pusing di Bali. Aku ada 3 hari di Bali sebelum berangkat ke Ende. Masa yang ada eloklah digunakan untuk merempit di kawasan terdekat.

Habis mandi, Vovin terus call akak yang dia selalu hubungi kalau sampai Bali. Vovin memang selalu deal dengan akak ni. Harga pun boleh kautim.

Selaras dengan taraf jutawan, kami pun sewa Yamaha Ego. Memang sesuai dengan suasana Bali yang sentiasa macet ketika sore. Selepas bertukar maklumat dan bayar wang, kami lapar.

Jadi bermulalah perjalanan kami untuk mendapatkan gurami bakar di Warung Tenda-ku. Terletak di antara jalan-jalan kecil Denpasar, adalah dalam 20 minit dari penginapan kami.

Dia punya lazat, perghhhhh aku nak taip ni pun meleleh air liur.

No comments:

Post a Comment