Tuesday, February 17, 2015

Ku jatuhkan jangkar di teluk memori

Malam ini adalah malam terakhir Jay bergelar seorang bujang. Jay sudah lama menjadi teman berbual aku sebelum dibuai mimpi. Orang putih kata, kawan pillow talk.

Malam esok, akad nikah. Aku tidak dapat tiba di Kota Bharu ketika akad berlangsung dan malam ini aku tidak dapat bersama dia (untuk menjadi kawan pillow talk).

Jay adalah seorang kawan yang paling sukar menaikkan suaranya. Seingat aku, hanya sekali. Ketika itu, dia berasa galau kerna dicengkam gelisah sebelum naik ke pentas menyanyi nasyid. (Ya, kami pernah masuk pertandingan nasyid dan menjuarainya).

Semasa dia marah aku diam.

"Kejadah? Jay marah? Biar betul?" Memang aku terkejut bukan kepalang. Tapi sebenarnya kelakar. Ha ha ha.

Sampai ke hari ini aku masih gembira tentang pendakian ke Kinabalu bersama kawan-kawan. Jay juga menyertai ekpedisi ini. Aku rasa sungguh hell yeahhhhhh we did it! We conquered top of the world!

Untuk hari yang bakal mendatang, dan untuk persahabatan lampau... jadilah kau suami yang penuh berkarisma. Umpama nakhoda yang melayari samudera luas terbentang, walau ribut menghadang, walau selat menyempit, walau layarmu koyak. Terusssssssssss, ke hadapan.

Selamat pengantin baru.

No comments:

Post a Comment