Tuesday, February 24, 2015

Ko ingat aku kad bonus link ke?

Hari itu cuaca memang sedap untuk dating. Dengan berhati-hati aku menuruni anak tangga dan tekan butang unlock di kunci kereta.

Tet!

Pintu yang terkunci kini terbuka. Aku masuk dan terus memandu ke Putrajaya.

'Otw.' Aku tujukan mesej ini pada seorang wanita.

Sebagai anak yang soleh, aku call mak aku tanya masak apa harini. Selalunya dia akan jawab salmon masak kari sebab Faiq suka.

---

Perempuan yang aku mesej tadi kini telah berada di sisi, destinasi hari ini adalah pawagam terdekat. Entah cerita apa, aku pun tak ingat.

"Hari ini you kena tolak 10 point." Tiba-tiba dia cakap.

Hah? 10 point? Point pebende ni? Gila apa tiba-tiba kena tolak point?

"You tak potong kuku, rambut you tak kemas, jambang pun ada sikit dekat pipi."

Inilah kali pertama aku ditolak markah. Lecturer aku pun tak pernah buat. Gila betul.

Dengan penuh perasaan marah yang meluap-luap umpama letusan Krakatau Purba yang memisahkan pulau Samudera dan Jawa, aku balas,

"Erk..."

Tuesday, February 17, 2015

Ku jatuhkan jangkar di teluk memori

Malam ini adalah malam terakhir Jay bergelar seorang bujang. Jay sudah lama menjadi teman berbual aku sebelum dibuai mimpi. Orang putih kata, kawan pillow talk.

Malam esok, akad nikah. Aku tidak dapat tiba di Kota Bharu ketika akad berlangsung dan malam ini aku tidak dapat bersama dia (untuk menjadi kawan pillow talk).

Jay adalah seorang kawan yang paling sukar menaikkan suaranya. Seingat aku, hanya sekali. Ketika itu, dia berasa galau kerna dicengkam gelisah sebelum naik ke pentas menyanyi nasyid. (Ya, kami pernah masuk pertandingan nasyid dan menjuarainya).

Semasa dia marah aku diam.

"Kejadah? Jay marah? Biar betul?" Memang aku terkejut bukan kepalang. Tapi sebenarnya kelakar. Ha ha ha.

Sampai ke hari ini aku masih gembira tentang pendakian ke Kinabalu bersama kawan-kawan. Jay juga menyertai ekpedisi ini. Aku rasa sungguh hell yeahhhhhh we did it! We conquered top of the world!

Untuk hari yang bakal mendatang, dan untuk persahabatan lampau... jadilah kau suami yang penuh berkarisma. Umpama nakhoda yang melayari samudera luas terbentang, walau ribut menghadang, walau selat menyempit, walau layarmu koyak. Terusssssssssss, ke hadapan.

Selamat pengantin baru.

Sunday, February 15, 2015

Gule satey

Pesawat yang akan membawa aku ke Flores, NTT dijadualkan terbang pada jam 6:55 pagi esok. Ini bermakna aku perlu tidur awal malam ini.

Selepas mandi dan bersiap-siap, aku melabuhkan punggung ke katil. Sementara tunggu Vovin mandi, eloklah aku layan lagu dulu.

Selesai Vovin bersiap, kami langsung ke medan selera yang terletak di pasar Sanur. Di pasar ini peniaga berhimpun dan menjual makanan pelbagai variasi. Kami langsung ke gerai yang menghidang gule satey kambing. Gule ni boleh kata macam gulai la.

Sebuah hidangan yang datang bersama nasi dan satey, juga ada kuah. Inilah kali pertama aku makan gule satey kambing. Enak sekali.

Kalau Chef Wan makan mesti dia kasi double thumbs up.

Wednesday, February 11, 2015

Tahun baru cino

Seorang rakan yang baik ialah rakan yag sanggup berkorban apa sahaja walau perlu membelah lautan api sekalipun. Atas sebab inilah aku sanggup pusing cari kedai jahit di Serdang. Semuanya demi menempah baju melayu untuk majlis perkahwinan Jay.

Sampai kedai jahit, aku borak-borak dengan brader jahit.

"Ekau nak bilo baju ni?" tanya brader.

"Minggu dopan. Hari selaso." aku cuba mengeluarkan segala ilmu minangkabau yang ada di dada.

"Huish apo copek sangat?" Dia tanya balik.

"Nak rayo cino ni, kono ada baju bang!"

Tiba-tiba ada kawan dia masuk kedai.

"Biar botul. Dio punyo rayo, ekau pulak yang nak pakai baju." brader jahit tunjuk dekat kawan dia yang baru masuk.

Aku serta-merta jadi marah! Apajadah tahun baru cina aku nak pakai baju melayu. Mestilah aku ada sebab tersendiri. Takkan ni pun aku perlu bagi pencerahan?

"Pantek, takkan la den nak berayo cino pakai baju melayu. Ado otak guno la bang," kata aku dalam hati.

Kemudian, aku bercerita dengan panjang lebar bagaimana Jay berjumpa tunangnya dan  bercadang mahu berkahwin pada Tahun Baru Cina.

Monday, February 9, 2015

Cak cak cak cak cak cak cak cak cak cak cak cak cak cak!

Petang itu selepas Padang-padang, kami langsung ke Uluwatu. Sampai Uluwatu, Vovin terus ke kaunter bayaran. Sebelum tu dia pesan,

"Ko rilek, let me do the talking."

Aku menonong ikut Vovin.

"Berapa orang mas?" tanya makcik di hadapan pintu masuk Pura Luhur Uluwatu.

"Dua." balas Vovin.

Sambil menuju kaunter bayaran, Vovin berborak dengan makcik tu. Dari deria aku yang sensitif macam dolphin, aku dapat dengar dia kata asal dari Sumatera.

Sampai kaunter, dia bayar dan kami langsung ke pentas tarian kecak.

"Dekat sini, ko kena menyamar. Dapat murah." kata Vovin sambil senyum-senyum.


Rupanya ada hikmah muka aku takde iras-iras Leonardo Di Caprio.

Wednesday, February 4, 2015

Bengaluru punya harapan namun JDT pasti menyekat

Malam ini JDT akan menaikkan martabat bolasepak Malaysia ke satu tahap lagi. Lawannya ialah Bengaluru sebuah pasukan yang berpangkalan di India. Siapa Bengaluru yang berani-berani mencabar Harimau Selatan ni? Dia tak tahu ke JDT adalah pasukan paling handal di Malaysia yang rata-ratanya terdiri dari pemain yang bijaksana dan pantas menfaatkan peluang di setiap pelusuk padang?

Dia tak tahu, takpe. Kejap lagi dia tahulah tu.

Terdapat banyak suara sumbang yang iri kepada setiap kejayaan JDT. Tempohari ketika penyokong JDT menyuarakan ketidakpuashatian terhadap penguasa bolasepak Malaysia, ramai yang menyelar.

Dah tuuuuu takkan nak maki dekat facebook je? Takkan nak ajak bincang cara beradat? Ajak bergasak, kena maki jugak. Adu pada KBS? Selfie dorang pandai la. Cara apa lagi yang kita ada untuk menyuarakan suara hati peminat bolasepak? Cara apaaaaaa? Ko cakap, ko cakappppp.

Akhir kata, majulah JDT untuk Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia harus mendoakan kejayaan JDT malam ini demi meletakkan bangsa Malaysia di mata dunia.

Bukankah ini semua yang kita mahukan?

Tuesday, February 3, 2015

Cerita seram

Malam tadi aku keluar rumah dan pulang lewat malam. Sebaik sampai di hadapan rumah, dengan penuh karisma aku ketuk pintu.

Faiq, adik aku bukak pintu.

"Nasib baik ko dah balik. Boleh aku baca buku cerita hantu."

Sunday, February 1, 2015

Setiap detik nyawa ini ku pertahankan untukmu

Konfrontasi 1965-66 antara pemerintah Indonesia dengan puak berhaluan kiri telah merubah haluan negara yang punyai lebih dari 17,000 pulau itu. Pembantaian PKI oleh militari Indonesia telah memakan hampir sejuta nyawa. Ini termasuk korban nyawa yang dilakukan oleh preman-preman yang punyai kuasa ketika itu.

Di dalam senarai nama yang maha panjang itu, ada yang terkorban bukanlah kerana mereka terlibat secara langsung dengan PKI, namun kerana hasad dengki dan demi satu tujuan kotor. Terdapat banyak catatan tentang peristiwa itu yang dibenam oleh pemerintah dan hanya baru-baru ini sahaja dasar keterbukaan diamalkan oleh penguasa lalu muncul catatan-catatan perjalanan selama 2 tahun yang getir itu. Antaranya, Gerakan Melawan Lupa yang mengumpulkan pengalaman-pengalaman keluarga terdekat di sekitar Bali. Kalau mahu menonton dokumentari, kau pergi saja ke youtube dan cari The Act of Killing.

Bilamana bercakap tentang korban nyawa dan pengalaman pahit, aku punyai hormat yang tertinggi kepada pihak-pihak terlibat. Mungkin atas sebab ini aku rasakan lagu Superman is Dead - Sunset di Tanah Anarki sebuah lagu yang begitu hidup dan penuh romansa.

Sampai ke hari ini aku tak jemu dengan Sunset di Tanah Anarki. Gila betul.