Monday, February 9, 2015

Cak cak cak cak cak cak cak cak cak cak cak cak cak cak!

Petang itu selepas Padang-padang, kami langsung ke Uluwatu. Sampai Uluwatu, Vovin terus ke kaunter bayaran. Sebelum tu dia pesan,

"Ko rilek, let me do the talking."

Aku menonong ikut Vovin.

"Berapa orang mas?" tanya makcik di hadapan pintu masuk Pura Luhur Uluwatu.

"Dua." balas Vovin.

Sambil menuju kaunter bayaran, Vovin berborak dengan makcik tu. Dari deria aku yang sensitif macam dolphin, aku dapat dengar dia kata asal dari Sumatera.

Sampai kaunter, dia bayar dan kami langsung ke pentas tarian kecak.

"Dekat sini, ko kena menyamar. Dapat murah." kata Vovin sambil senyum-senyum.


Rupanya ada hikmah muka aku takde iras-iras Leonardo Di Caprio.

Wednesday, February 4, 2015

Bengaluru punya harapan namun JDT pasti menyekat

Malam ini JDT akan menaikkan martabat bolasepak Malaysia ke satu tahap lagi. Lawannya ialah Bengaluru sebuah pasukan yang berpangkalan di India. Siapa Bengaluru yang berani-berani mencabar Harimau Selatan ni? Dia tak tahu ke JDT adalah pasukan paling handal di Malaysia yang rata-ratanya terdiri dari pemain yang bijaksana dan pantas menfaatkan peluang di setiap pelusuk padang?

Dia tak tahu, takpe. Kejap lagi dia tahulah tu.

Terdapat banyak suara sumbang yang iri kepada setiap kejayaan JDT. Tempohari ketika penyokong JDT menyuarakan ketidakpuashatian terhadap penguasa bolasepak Malaysia, ramai yang menyelar.

Dah tuuuuu takkan nak maki dekat facebook je? Takkan nak ajak bincang cara beradat? Ajak bergasak, kena maki jugak. Adu pada KBS? Selfie dorang pandai la. Cara apa lagi yang kita ada untuk menyuarakan suara hati peminat bolasepak? Cara apaaaaaa? Ko cakap, ko cakappppp.

Akhir kata, majulah JDT untuk Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia harus mendoakan kejayaan JDT malam ini demi meletakkan bangsa Malaysia di mata dunia.

Bukankah ini semua yang kita mahukan?

Tuesday, February 3, 2015

Cerita seram

Malam tadi aku keluar rumah dan pulang lewat malam. Sebaik sampai di hadapan rumah, dengan penuh karisma aku ketuk pintu.

Faiq, adik aku bukak pintu.

"Nasib baik ko dah balik. Boleh aku baca buku cerita hantu."

Sunday, February 1, 2015

Setiap detik nyawa ini ku pertahankan untukmu

Konfrontasi 1965-66 antara pemerintah Indonesia dengan puak berhaluan kiri telah merubah haluan negara yang punyai lebih dari 17,000 pulau itu. Pembantaian PKI oleh militari Indonesia telah memakan hampir sejuta nyawa. Ini termasuk korban nyawa yang dilakukan oleh preman-preman yang punyai kuasa ketika itu.

Di dalam senarai nama yang maha panjang itu, ada yang terkorban bukanlah kerana mereka terlibat secara langsung dengan PKI, namun kerana hasad dengki dan demi satu tujuan kotor. Terdapat banyak catatan tentang peristiwa itu yang dibenam oleh pemerintah dan hanya baru-baru ini sahaja dasar keterbukaan diamalkan oleh penguasa lalu muncul catatan-catatan perjalanan selama 2 tahun yang getir itu. Antaranya, Gerakan Melawan Lupa yang mengumpulkan pengalaman-pengalaman keluarga terdekat di sekitar Bali. Kalau mahu menonton dokumentari, kau pergi saja ke youtube dan cari The Act of Killing.

Bilamana bercakap tentang korban nyawa dan pengalaman pahit, aku punyai hormat yang tertinggi kepada pihak-pihak terlibat. Mungkin atas sebab ini aku rasakan lagu Superman is Dead - Sunset di Tanah Anarki sebuah lagu yang begitu hidup dan penuh romansa.

Sampai ke hari ini aku tak jemu dengan Sunset di Tanah Anarki. Gila betul.

Saturday, January 31, 2015

Pantai Padang-padang

Habis makan, Vovin tanya aku.

"Ko nak pergi mana? Tanah Lot ke Uluwatu? Kalau nak tengok Kecak kena pergi Uluwatu."

Aku belum pernah tengok tarian Kecak. Eloklah di kesempatan ini aku mengambil peluang untuk pergi.

"Kalau macam tu, kita pergi Padang-padang dulu. Sana pemandangan best."

Lalu kami berdua langsung ke Padang-padang. Motor kami naik tidak terlalu berkuasa dan perjalanan ke pantai Padang-padang berbukit-bukit. Ada satu ketika Vovin terpaksa turun dan berjalan kaki di tepi jalan, naik bukit. Aku macam nak karate motor ni. Berat aku tak sampai 90kg pun!

Sampai ke Padang-padang, aku turun dan benar seperti yang Vovin kata, pemandangannya begitu indah. Batu-batu yang memutih, pantai yang bersih dan lembut, air jernih bak kristal dan paling penting begitu banyak bikini yang lalu-lalang.

Waktu-waktu macam ni la aku rasa sunglasses adalah ciptaan manusia yang sungguh berguna.

Wednesday, January 28, 2015

Hari kedua

Pagi itu cuaca begitu indah. Sebaik sahaja aku bangkit dari lena yang jendera, aku menggeliat dan berjalan ke arah pintu. Ahhhhh, sungguh tenang bila menguak pintu. Kolam yang begitu comel dan jinak terasa begitu dekat dengan alam semulajadi. Orang putih pernah berkata, we must love mother nature.

Siapa yang tidak cintakan keamanan? Bangun pagi dan tiada apa perlu dibuat. Ahhhhh, perasaan senang dan riang sungguh gemalai bermain di sanubari.

Hari ini agenda aku mudah. Dapatkan kenderaan untuk pusing-pusing di Bali. Aku ada 3 hari di Bali sebelum berangkat ke Ende. Masa yang ada eloklah digunakan untuk merempit di kawasan terdekat.

Habis mandi, Vovin terus call akak yang dia selalu hubungi kalau sampai Bali. Vovin memang selalu deal dengan akak ni. Harga pun boleh kautim.

Selaras dengan taraf jutawan, kami pun sewa Yamaha Ego. Memang sesuai dengan suasana Bali yang sentiasa macet ketika sore. Selepas bertukar maklumat dan bayar wang, kami lapar.

Jadi bermulalah perjalanan kami untuk mendapatkan gurami bakar di Warung Tenda-ku. Terletak di antara jalan-jalan kecil Denpasar, adalah dalam 20 minit dari penginapan kami.

Dia punya lazat, perghhhhh aku nak taip ni pun meleleh air liur.

The Elephant Man


Berani betul brader atas ni membuat angkara dengan kapten Gerrard dan Skrtel. Permainan jijik dan kotor Elephant Man harus dicerca dan dimaki oleh segenap lapisan masyarakat termasuk penyokong Chelsea sekalipun.

Bolasepak adalah sukan yang cintakan keamanan. Bukan tempat untuk penjenayah seperti brader di atas membuat onar.

Jikalau anda betul-betul sayangkan bola sepak, katakan tidak kepada Costa!