Tuesday, February 3, 2015

Cerita seram

Malam tadi aku keluar rumah dan pulang lewat malam. Sebaik sampai di hadapan rumah, dengan penuh karisma aku ketuk pintu.

Faiq, adik aku bukak pintu.

"Nasib baik ko dah balik. Boleh aku baca buku cerita hantu."

Sunday, February 1, 2015

Setiap detik nyawa ini ku pertahankan untukmu

Konfrontasi 1965-66 antara pemerintah Indonesia dengan puak berhaluan kiri telah merubah haluan negara yang punyai lebih dari 17,000 pulau itu. Pembantaian PKI oleh militari Indonesia telah memakan hampir sejuta nyawa. Ini termasuk korban nyawa yang dilakukan oleh preman-preman yang punyai kuasa ketika itu.

Di dalam senarai nama yang maha panjang itu, ada yang terkorban bukanlah kerana mereka terlibat secara langsung dengan PKI, namun kerana hasad dengki dan demi satu tujuan kotor. Terdapat banyak catatan tentang peristiwa itu yang dibenam oleh pemerintah dan hanya baru-baru ini sahaja dasar keterbukaan diamalkan oleh penguasa lalu muncul catatan-catatan perjalanan selama 2 tahun yang getir itu. Antaranya, Gerakan Melawan Lupa yang mengumpulkan pengalaman-pengalaman keluarga terdekat di sekitar Bali. Kalau mahu menonton dokumentari, kau pergi saja ke youtube dan cari The Act of Killing.

Bilamana bercakap tentang korban nyawa dan pengalaman pahit, aku punyai hormat yang tertinggi kepada pihak-pihak terlibat. Mungkin atas sebab ini aku rasakan lagu Superman is Dead - Sunset di Tanah Anarki sebuah lagu yang begitu hidup dan penuh romansa.

Sampai ke hari ini aku tak jemu dengan Sunset di Tanah Anarki. Gila betul.

Saturday, January 31, 2015

Pantai Padang-padang

Habis makan, Vovin tanya aku.

"Ko nak pergi mana? Tanah Lot ke Uluwatu? Kalau nak tengok Kecak kena pergi Uluwatu."

Aku belum pernah tengok tarian Kecak. Eloklah di kesempatan ini aku mengambil peluang untuk pergi.

"Kalau macam tu, kita pergi Padang-padang dulu. Sana pemandangan best."

Lalu kami berdua langsung ke Padang-padang. Motor kami naik tidak terlalu berkuasa dan perjalanan ke pantai Padang-padang berbukit-bukit. Ada satu ketika Vovin terpaksa turun dan berjalan kaki di tepi jalan, naik bukit. Aku macam nak karate motor ni. Berat aku tak sampai 90kg pun!

Sampai ke Padang-padang, aku turun dan benar seperti yang Vovin kata, pemandangannya begitu indah. Batu-batu yang memutih, pantai yang bersih dan lembut, air jernih bak kristal dan paling penting begitu banyak bikini yang lalu-lalang.

Waktu-waktu macam ni la aku rasa sunglasses adalah ciptaan manusia yang sungguh berguna.

Wednesday, January 28, 2015

Hari kedua

Pagi itu cuaca begitu indah. Sebaik sahaja aku bangkit dari lena yang jendera, aku menggeliat dan berjalan ke arah pintu. Ahhhhh, sungguh tenang bila menguak pintu. Kolam yang begitu comel dan jinak terasa begitu dekat dengan alam semulajadi. Orang putih pernah berkata, we must love mother nature.

Siapa yang tidak cintakan keamanan? Bangun pagi dan tiada apa perlu dibuat. Ahhhhh, perasaan senang dan riang sungguh gemalai bermain di sanubari.

Hari ini agenda aku mudah. Dapatkan kenderaan untuk pusing-pusing di Bali. Aku ada 3 hari di Bali sebelum berangkat ke Ende. Masa yang ada eloklah digunakan untuk merempit di kawasan terdekat.

Habis mandi, Vovin terus call akak yang dia selalu hubungi kalau sampai Bali. Vovin memang selalu deal dengan akak ni. Harga pun boleh kautim.

Selaras dengan taraf jutawan, kami pun sewa Yamaha Ego. Memang sesuai dengan suasana Bali yang sentiasa macet ketika sore. Selepas bertukar maklumat dan bayar wang, kami lapar.

Jadi bermulalah perjalanan kami untuk mendapatkan gurami bakar di Warung Tenda-ku. Terletak di antara jalan-jalan kecil Denpasar, adalah dalam 20 minit dari penginapan kami.

Dia punya lazat, perghhhhh aku nak taip ni pun meleleh air liur.

The Elephant Man


Berani betul brader atas ni membuat angkara dengan kapten Gerrard dan Skrtel. Permainan jijik dan kotor Elephant Man harus dicerca dan dimaki oleh segenap lapisan masyarakat termasuk penyokong Chelsea sekalipun.

Bolasepak adalah sukan yang cintakan keamanan. Bukan tempat untuk penjenayah seperti brader di atas membuat onar.

Jikalau anda betul-betul sayangkan bola sepak, katakan tidak kepada Costa!

Isteri

Musim kahwin ni eloklah aku bercerita perihal isteri.

Isteri ialah pelengkap hidup seorang laki-laki. Tanpa isteri macam mana ko nak balik dari kerja lepas tu mintak urut? Takkan hari-hari nak pergi masat? Takkan nak pergi mamak lepas tu order urut? Takkan nak suruh budak rumah urut?

Isteri adalah tanggungjawab yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk seorang lelaki tatang dengan penuh berwibawa. Maksudnya, kalau isteri kita sakit, kita jagalah sampai dia sembuh. Kalau dia nak baju baru, kita suruhlah dia masuk Lazada. Kalau dia nak makan sedap-sedap, kita.... Errr... Kita.... Masaklah mee segera.

Isteri yang baik pula ada banyak ciri-cirinya. Isteri yang sentiasa menjaga kebajikan keluarga, yang tidak menegur suami bila pasukan bola kesayangannya baru tewas, yang sentiasa memasak makanan kegemaran suami dan banyak lagi.

Namun isteri yang paling baik bagi aku ialah isteri yang bila kita sampai rumah, dia cakap,

"Controller PS4 abang saya dah cas sampai penuh. PS4 pun saya dah bukak tu. Tunggu abang nak masuk CD je."

Tuesday, January 27, 2015

Temaram tiba

Selepas mendaftar masuk di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang di Sanur, aku, Vovin, Zulhabri dan Termana terus keluar untuk bersiap-sedia dalam menghadapi waktu maghrib.

Ya, aku perlu bersedia untuk berbuka.

"Mahu makan di mana ya?" tanya Termana.

"Entah si Caki ni. Ko nak mende?" sapa Vovin pada aku.

"Mana-mana aja deh. Saya bisa telan semua." dengan penuh yakin aku berbicara dalam bahasa Indonesia.

Akhirnya kata sepakat dicapai, kami akan menanti maghrib di sebuah restoran tepi jalan paling ngetop di Bali.

Selepas memilih juadah berbuka, aku tenang menanti tibanya maghrib. Akhirnya temaram senja menghampiri dan itulah detik yang aku tunggu-tunggu.

Aku capai telefon, aku tweet,

"Aku dah buka ni. Kesian korang dekat Malaysia belum masuk waktu."